Tuesday, May 22, 2012

Usrah Sharing: Suami?

Sekadar berkongsi apa yang saya dengar melalui ceramah dari Prof Dr. Muhaya Mohamed. Sebelum ingin mengikat tali pertunangan beliau telah bertanya kepada gadis bakal bertunang itu. Bakal suami itu cukup solatnya? Si gadis mengangkat bahunya tanda tidak pasti. Kemudian ditanya lagi. Bakal suami merokok? Si gadis mengangguk. Bagaimana percakapannya? Adakah die meninggikan suaranya? Si gadis terdiam. Bagaimana pula cara bakal bapa mertua melayan isterinya? Si gadis masih terdiam. Kesemua soalan itu sepatutnya sudah boleh dijawab dengan lancar bagi gadis yang bakal bertunang itu. Di masa kini setiap minit ada sahaja penceraian yang berlaku dan setiap minit jugak ada seorg anak luar nikah yang dilahirkan. Betapa pentingnya mengenali bakal suami masing-masing. Memilih sesorang bakal suami yang mana boleh membimbing si isteri dan juga boleh memimpin keluarga. Sebagai seorang imam. Maka pilihlah suami kerana agamanya iaitu cukup solat 5 waktu. Bila ia menjaga solah ia akan menjaga amalan-amalan islam yang lain. Jika ia meninggalkan solat maka ia boleh meminggirkan amalan-amalan islam yang lain. Suami yang tidak merokok. Seorang suami yang menjaga kesihatannya supaya ia boleh menjaga ahli keluarganya yang lain. Jika dia seorang perokok maka ia tidak mementingkan kesihatannya apatahlagi kesihatan orang disekelilingnya, keluarganya. Seorang lelaki mukmin tahu bahasa dengan meninggikan suaranya tiada masalah yang dapat diselesaikan. Dalam berdakwah Nabi sendiri tidk pernah mengeraskan suara mahupun menggunakan kekerasan. Maka seorang suami yang baik tidak akan pernah meninggikan suaranya walaupun isteri itu melakukan kesalahan. Fitrah isteri itu sendiri dicipta dari tulang rusuk lelaki yang bengkok. Meggunakan kekerasan akan mematahkannya. Masakan seseorang lelaki itu memarahi atau meninggikan suara kepada sebahagian daripada dirinya sendiri. Seorang suami akan melayan isterinya sebagaimana bapanya melayan ibunya. A child learns from mimicking. Baik layanan bapanya kepada ibunya maka baiklah layanannya terhadap isterinya.
p/s: Renung2kan dan selamat mencarik~~~ bagi yang dah kawen.. same2 carik ilmu dan baiki diri.. Regards, CT@CSCW

No comments:

Post a Comment