Tuesday, May 22, 2012

Usrah Sharing: Suami, Isteri & Tembikai?

Seorang suami telah pegi ke pasar dan membeli sebiji tembikai. Sekembalinya dia dari pasar, dia menyerahkan tembikai itu kepada isterinya. Lalu si isteri pun membawa tembikai itu ke dapur dan memotongnya untuk dihidangkan kepada suaminya. Di bawa tembikai yang telah di potong itu kepada suaminya. Si isteri menjamah tembikai itu dan mendapati tembikai itu tawar sambil merungut kepada suaminya. Lalu si suami pun bertanya kepada si isteri. Siapakah yang kamu marahkan kerana apabila si penanam tembikai ini menanam biji benih tembikai ini ia berharap tembikai yang ditanamnya itu adalah tembikai yang manis, manakala pemborong tembikai pula berharap tembikai yang diborongnya itu juga tembikai yang manis, begitu juga si peniaga yang memborong tembikai itu dari si pemborong, dia juga berharap agar tembikai yang diniagakan itu tembikai yang manis. Dan aku wahai isteri ku yang ku cintai, apabila aku membeli tembikai ini aku juga berharap ianya ialah tembikai yang manis. Maka dengan itu isteriku, siapakah yang engkau marahkan ini? Tidakkah kau sedar yang engkau marahkan itu sebenarnya adalah tuhan yang maha esa? Tuhan yang menentukan benih tembikai yang ditanam itu adalah tembikai yang tawar, tembikai yang diborong itu adalah tembikai yang tawar, tembikai yang diniagakan itu adalah tembikai yang tawar, tembikai yang dibeli itu tembikai yang tawar dan tembikai yang kita jamah ini adalah tembikai yang tawar. Sesunguhnya Allah itu maha mengetahui.
p/s: Renung-renungkan dan selamat beramal~~~ aceceh curik tagline Prof Izi pulak Regards CT@CSCW

No comments:

Post a Comment