Tuesday, May 22, 2012

Usrah Sharing: Aurat wanita sekadar berkongsi

Aurat wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali dua tapak tangan dan muka.
Perkara yang sudah lama diketahui tapi masih lagi didebatkan. Bayangkan apabila kita mengisi borang untuk memohon sesuatu yang mana kita harus memenuhi semua criteria yang dinyatakan. Jika tidak lengkap criteria itu maka permohonan itu tidak lengkap atau mungkin tidak diterima. Begitu juga dengan aurat. Mereka yang tidak menutup aurat itu memang sudah jelas kita nampak. Tetapi bagi mereka yang bertudung pula belum tentu lagi mereka telah lengkap menutupi aurat mereka. Menutupi aurat bermakna menyembunyikan sesuatu. Dan bukannya membaluti sesuatu. Kadang kala aurat semua telah ditutupi dengan tudung yang labuh dan berpakaian yang sesuai tetapi dalam masyarakat kita ini masih lalai dalam aurat kaki. Pemakaian selipar dan kasut tanpa memakai stoking. Ini bermakna menutupi aurat yang tidak lengkap. Dan apabila tidak lengkap criteria ini maka permohonan anda untuk menutup aurat tidak lengkap atau mungkin ditolak. Menutupkan aurat kamu adalah fact. Do not deny the fact. Walaupun diri sendiri masih belum sempurna menutup aurat maka jangan, jangan kamu menafikan kewajipannya. Ia adalah sesuatu yang telah Allah tentukan kepada kamu seperti mana kewajipan untuk kamu bernafas. Pernah saya dengar bahawa buatlah sesuatu yang Allah tentukan itu mulakankan walaupun kerana terpaksa kerana lambat laun kamu akan sedar yang kamu buat itu bukan lagi kerana terpaksa tetapi kerana sudah biasa dan kamu akan mula sedar kebaikan dalam membuat sesuatu itu. Allah tidak akan menetukan sesuatu itu jika ia akan memudaratkan. Islam sendiri adalah sebuah agama yang tidak memudaratkan dan tidak mendatangkan kemudaratan.
P/S: Pakai purdah in my opinion is an option. but bile pakai purdah @ niqab self confidence naik skit plus don't you think it is attractives Regards, CT@CSCW

Usrah Sharing: Suami?

Sekadar berkongsi apa yang saya dengar melalui ceramah dari Prof Dr. Muhaya Mohamed. Sebelum ingin mengikat tali pertunangan beliau telah bertanya kepada gadis bakal bertunang itu. Bakal suami itu cukup solatnya? Si gadis mengangkat bahunya tanda tidak pasti. Kemudian ditanya lagi. Bakal suami merokok? Si gadis mengangguk. Bagaimana percakapannya? Adakah die meninggikan suaranya? Si gadis terdiam. Bagaimana pula cara bakal bapa mertua melayan isterinya? Si gadis masih terdiam. Kesemua soalan itu sepatutnya sudah boleh dijawab dengan lancar bagi gadis yang bakal bertunang itu. Di masa kini setiap minit ada sahaja penceraian yang berlaku dan setiap minit jugak ada seorg anak luar nikah yang dilahirkan. Betapa pentingnya mengenali bakal suami masing-masing. Memilih sesorang bakal suami yang mana boleh membimbing si isteri dan juga boleh memimpin keluarga. Sebagai seorang imam. Maka pilihlah suami kerana agamanya iaitu cukup solat 5 waktu. Bila ia menjaga solah ia akan menjaga amalan-amalan islam yang lain. Jika ia meninggalkan solat maka ia boleh meminggirkan amalan-amalan islam yang lain. Suami yang tidak merokok. Seorang suami yang menjaga kesihatannya supaya ia boleh menjaga ahli keluarganya yang lain. Jika dia seorang perokok maka ia tidak mementingkan kesihatannya apatahlagi kesihatan orang disekelilingnya, keluarganya. Seorang lelaki mukmin tahu bahasa dengan meninggikan suaranya tiada masalah yang dapat diselesaikan. Dalam berdakwah Nabi sendiri tidk pernah mengeraskan suara mahupun menggunakan kekerasan. Maka seorang suami yang baik tidak akan pernah meninggikan suaranya walaupun isteri itu melakukan kesalahan. Fitrah isteri itu sendiri dicipta dari tulang rusuk lelaki yang bengkok. Meggunakan kekerasan akan mematahkannya. Masakan seseorang lelaki itu memarahi atau meninggikan suara kepada sebahagian daripada dirinya sendiri. Seorang suami akan melayan isterinya sebagaimana bapanya melayan ibunya. A child learns from mimicking. Baik layanan bapanya kepada ibunya maka baiklah layanannya terhadap isterinya.
p/s: Renung2kan dan selamat mencarik~~~ bagi yang dah kawen.. same2 carik ilmu dan baiki diri.. Regards, CT@CSCW

Usrah Sharing: Suami, Isteri & Tembikai?

Seorang suami telah pegi ke pasar dan membeli sebiji tembikai. Sekembalinya dia dari pasar, dia menyerahkan tembikai itu kepada isterinya. Lalu si isteri pun membawa tembikai itu ke dapur dan memotongnya untuk dihidangkan kepada suaminya. Di bawa tembikai yang telah di potong itu kepada suaminya. Si isteri menjamah tembikai itu dan mendapati tembikai itu tawar sambil merungut kepada suaminya. Lalu si suami pun bertanya kepada si isteri. Siapakah yang kamu marahkan kerana apabila si penanam tembikai ini menanam biji benih tembikai ini ia berharap tembikai yang ditanamnya itu adalah tembikai yang manis, manakala pemborong tembikai pula berharap tembikai yang diborongnya itu juga tembikai yang manis, begitu juga si peniaga yang memborong tembikai itu dari si pemborong, dia juga berharap agar tembikai yang diniagakan itu tembikai yang manis. Dan aku wahai isteri ku yang ku cintai, apabila aku membeli tembikai ini aku juga berharap ianya ialah tembikai yang manis. Maka dengan itu isteriku, siapakah yang engkau marahkan ini? Tidakkah kau sedar yang engkau marahkan itu sebenarnya adalah tuhan yang maha esa? Tuhan yang menentukan benih tembikai yang ditanam itu adalah tembikai yang tawar, tembikai yang diborong itu adalah tembikai yang tawar, tembikai yang diniagakan itu adalah tembikai yang tawar, tembikai yang dibeli itu tembikai yang tawar dan tembikai yang kita jamah ini adalah tembikai yang tawar. Sesunguhnya Allah itu maha mengetahui.
p/s: Renung-renungkan dan selamat beramal~~~ aceceh curik tagline Prof Izi pulak Regards CT@CSCW